Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Permintaan minyak sawit M’sia akan terus meningkat

    KUALA LUMPUR, 24 JULAI – Permintaan ke atas minyak sawit Malaysia akan terus meningkat di seluruh dunia walaupun Indonesia memutuskan untuk membatalkan levi eksport minyak sawit bagi mengurangkan simpanan stok yang berlebihan, menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

    Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya kegelisahan pasaran berlaku, ia akan bersifat sementara.

    “Walau apa pun, dunia memerlukan minyak sawit. Sudah pasti harga minyak sawit kita menjadi lebih mahal berbanding Indonesia disebabkan mereka mempunyai tenaga buruh yang cukup dan akses mencukupi. Oleh itu, pengeluaran adalah lebih murah.

    “Bagaimanapun, keadaan ini hanyalah sementara. Justeru, saya tidak terlalu bimbang mengenainya,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...