Oleh Nazifa Syahmi
“CIKGU kalau saya nak buat satu permintaan boleh tak?” Minta Hanna kepada cikgu praktikalnya, cikgu Assyraaf. “Permintaan apa kamu nak?” Hmm apa aku nak? Hahaha “Saya nak cikgu kahwin dengan saya bila saya dah habis SPM tahun ni” kata pelajar itu dengan selamba. “Hah? Kamu biar betul Hanna?” balas cikgu Assyraaf dengan nada terkejut. 4 tahun kemudian..”Bondaaa” jerit Assyraaf lalu terus memeluk bonda tercinta tanpa memberi salam. “Astagfirullahaladzim kamu ni As kalau ye pun rindu bonda bagi lah salam dulu. Haihh sabar je la dengan kamu ni!” balas Pn.Hasmah kepada anak lelaki tunggalnya yang baru pulang ke tanah air.
Pagi-pagi lagi Assyraaf sudah keluar berjongging di tasik berdekatan dengan rumahnya. Ketika dia sedang sibuk melihat fenomena alam pada waktu pagi tiba-tiba ada benda seperti batu terbang lalu jatuh terkena pada perutnya. “Aduhh” peritnya rasa. “Encik tak apa-apa ke?” sapa seseorang. “Saya tak apa-apa” balas Assyraaf yang sedang memegang perut . “Betul ke tak apa-apa? Saya betul-betul minta maaf sebab saya yang sepak batu tu tapi tak tahu pulak boleh sampai ke perut encik.” Terbeliak mata Assyraaf lalu memandang pemilik suara itu. “Hanna Daliya?” “Cikgu Assyraaf?” Assyraaf terus berdiri tegak apabila melihat pemilik suara itu tapi tidak sangka dia,Hanna Daliya bekas pelajarnya 4 tahun dahulu kini betul-betul di hadapannya. “Cantik” terlepas jua perkataan itu dalam mulutnya.
Lalu mereka bergerak menuju ke arah bangku yang berdekatan di situ. “Cikgu apa khabar?” Hanna mula membuka bicara apabila suasana menjadi hening. Assyraaf yang baru tersedar dari lamunan terus memandang wajah Hanna. “Ermm pagi tadi saya sihat sekarang saya sakit.” Hanna tersentak bait bait bicara keluar dari mulut lelaki itu. “Saya betul-betul minta maaf cikgu. Saya tak sengaja.” Rayu Hanna kepada Assyraaf “Tak apa saya sudah maafkan kamu.”
“Assalamualaikum bondaku.” Assyraaf senyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bonda. “Waalaikumusalam” jawab bonda. “Bonda As nak tanya sikit boleh?” “Hm..tanya lah apa kamu nak tanya?” Assyraaf seperti susah hendak berbicara. “Bonda rasa perlu ke As tunai permintaan seseorang yang sudah lepas?” Pn.Hasmah memandang anaknya dengan pandangan pelik.
“Apa maksud kamu As? Permintaan apa benda?” Air muka Assyraaf tiba tiba berubah. “Tak ada apa apa lah bonda. As masuk bilik dulu.” Pn.Hasmah mula berasa hairan. ‘La orang tanya masuk bilik pulak dia‘ getus hatinya.
Assyraaf memandang siling berwarna putih sambil memikirkan soal pagi tadi yang dibicarakan bersama Hanna Daliya. “Cikgu,saya nak tanya pasal permintaan saya. Boleh ke cikgu?” Assyraaf tersentak lalu memandang wajah mulus Hanna. “Kamu masih ingat lagi permintaan itu?” tanya Assyraaf kembali. “Saya masih ingat cikgu sampai sekarang. Detik cikgu tinggalkan sekolah pun saya masih ingat.” Senyuman tawar Hanna berikan.
‘Patutkah aku tunaikan permintaan dia?’ Assyraaf bermonolog sendirian. Dia masih lagi memandang siling berwarna putih itu tiba-tiba wajah mulus Hanna Daliya dibayangkan. “Hanna kenapa kau cantik sangat? Penampilan kau pun berubah. Aku suka dengan penampilan kau yang tutup kemas. Berbeza yang dulu. Kau sudah menjadi wanita sekarang” Assyraaf yang tersedar dari lamunannya terus beristighfar.
“As bila nak kahwin?” Assyraaf yang sedang meneguk air terus tersedak mendengar 3 perkataan keramat itu. “Bonda cakap apa? Bila nak kahwin?” “Ya. Bonda tanya bila nak kawin tak akan bila nak berkhatan pulak.” balas Pn.Hasmah. “As tak tahulah bonda. As belum bersedia lagi.. lagipun As mana ada girlfriend bonda.” alasan Assyraaf.
“Ya ke? Hm oh pasal semalam permintaan apa yang As nak cakap? Perlu ditunaikan? Bonda tak faham.” Assyraaf sempat mengurut dada lega topik kahwin tukar tapi topik ni lagi panas kot. “Hah? Ohh permintaan tu. Hmm As cuma tanya patut ke kita tunaikan permintaan orang yang sudah lepas contoh macam 4 tahun lepas.” Assyraaf mengangkat kening sebelah menunggu jawapan dari bondanya. “Tengok pada permintaan tulah sama ada kita nak atau tak nak. Kenapa As?” Assyraaf hanya menggeleng lalu beredar. Cikgu, saya nak jumpa cikgu boleh tak? – SMS dari Hanna Kenapa nak jumpa saya?
Saya nak bincang pasal semalam ? ! Jumpa dekat café. Okey cikgu ? “Assalamualaikum” Hanna terlebih dahulu memberi salam. “Waalaikumusalam. Duduklah” “Terima kasih. Maaf saya lambat tadi ada hal.” Kata Hanna sambil tersenyum. “Ehem nak order apa-apa tak?” Hanna memandang Assyraaf lalu mengangguk “Saya nak coklat panas kurang manis.”
Setelah pesanan dibuat Assyraaf terlebih dahulu membuka bicara. “Jadi apa kamu nak bincangkan dengan saya? Saya tidak ada masa nak tunggu” Air muka Hanna mula berubah tapi cepat-cepat dikawal. “Saya cuma nak cakap, cikgu terima tak permintaan saya 4 tahun lepas?” tanya Hanna. Assyraaf membisu sebentar memikirkan sesuatu.
“Cikgu saya berharap cikgu dapat terima saya dan saya juga berharap cikgu tunai permintaan terakhir saya” keluh Hanna. Assyraaf tersentak “permintaan terakhir?” Hanna tak tahu sama ada nak mengangguk atau menggeleng. “Saya akan fikirkan. Keputusannya esok.” Hanna agak terkejut. “Esok?Okey tapi macam mana saya nak tahu?” Assyraaf tersenyum lalu beredar meninggal Hanna yang masih tertanya-tanya.
Assyraaf mengukir senyuman manis kepada bondanya. “Eh, lain macam saja bonda tengok kamu ni As.” Lantas Assyraaf memegang tangan bonda. “As sebenarnya nak kawin!” Terbeliak mata Pn.Hasmah mendengar apa yang dikatakan oleh anak bujangnya itu. “Kamu biar betul? Alhamdulillah akhirnya termakbul juga doa bonda. Bila bonda boleh datang merisik?” soal Pn.Hasmah. “Besok bonda.As akan bagitahu alamatnya dan nama dia ialah Hanna Daliya binti Mohd Kamal, bonda” kata Assyraaf sambil tersenyum.
“Aku terima nikahnya Hanna Daliya binti Mohd Kamal dengan mas kawinnya sebanyak lapan ratus tiga puluh tiga ringgit Malaysia dia bayar tunai” lafaz Assyraaf. “Sah?” “Sah” “Sah” “Sah!” Alhamdulillah. Assyraaf mengukir senyuman apabila matanya tertancap pada wajah mulus milik Hanna Daliya,isteriku. Pn. Diana ibu kepada Hanna Daliya turut tersenyum melihat kebahagian anak perempuan tunggalnya yang kini sudah bergelar isteri kepada Muhd Assyraaf.
“Assyraaf, boleh ibu nak cakap sikit?” Assyraaf mengangguk apabila ibu mertuanya memanggil. “Ya ibu. Ibu nak cakap apa?” “Ibu harap Assyraaf dapat jaga Hanna,bahagiakan dia dan jangan sesekali menyakiti hati dia kalau boleh tegur secara baik. Hanna perlu sokongan dari kamu,Assyraaf. Hanya kamu saja yang dapat memberi semangat kepadanya” bicara Pn. Diana lalu beredar.
“Abang!” panggil Hanna lalu berlari ke arah Assyraaf lalu memeluk belakang badan Assyraaf yang masih bertuala. Baru lepas mandi katakan. “Eh” Assyraaf agak terkejut dengan tindakan isterinya yang secara tiba-tiba memeluk belakang badannya. Terasa malu sebenarnya walaupun suka! hahaha. “Saya,Hanna Daliya bt Mohd Kamal yang sangat cintakan suaminya,Muhd Assyraaf bin Hj. Ahmad sehingga akhir hayat saya. Dia dah curi hati saya!” jerit Hanna.
Bahagia sungguh dirinya sekarang ini. Walaupun bahagia ini mungkin sekejap saja tapi dia dapat merasakan kebahagian ini sangat lama. ‘Abang maafkan Hanna. Hanna tak mampu hidup lama bersama abang. Mungkin esok Hanna akan tinggalkan abang selama-lamanya. Hanna cintakan abang!’ bisik hatinya. “Hanna..Hanna” Assyraaf memanggil isterinya apabila isterinya mula senyap. Hanna yang tersedar akan namanya dipanggil cepat-cepat mengangkat kepala lalu melepaskan pelukan itu. Malu itu yang dia rasa. Pipi aku dah merah padam !!
“Ehem. Maafkan Hanna,abang. Hanna tak sengaja.” Hanna yang ingin bergerak langkah ke katil terasa tangannya di tarik lalu kepalanya tersembab ke dada suaminya. “Hanna tak perlu minta maaf. Abang suka. Terima kasih sayang” lalu Assyraaf mencium dahi isterinya. Lama. Hanna tersenyum. “Abang” panggil Hanna. “Ya,sayang.” Assyraaf menyahut panggilan isterinya “Hanna harap abang tak menyesal kahwin dengan Hanna” katanya dengan suara sayu. Assyraaf memandang muka isterinya. “Kenapa Hanna cakap macam tu? Abang tak akan pernah menyesal sebab abang dah jumpa bidadari abang. Abang tak nak Hanna cakap macam tu lagi” kata Assyraaf.
Hanna mengganguk faham. “Hanna bukan apa abang, Hanna takut abang menyesal terima permintaan akhir Hanna.” “Hanna takut yang Hanna tak akan lama di sisi abang. Hanna minta maaf kalau lepas ni Hanna akan sakiti hati abang” sambung Hanna. “Hanna,abang sayang dan cintakan Hanna sampai akhir hayat abang. Abang tak nak dengar Hanna cakap buka-bukan lagi. Dah jom tidur ” Assyraaf terus menarik tangan isterinya menuju ke katil.
Hanna terjaga dari tidur pada pukul 3 pagi, lalu dia bersetuju untuk melakukan solat sunat pada satu pertiga malam ini. Hanna mendapati mungkin ajalnya akan tiba tidak lama lagi. Selesai melakukan solat sunat, Hanna merapati suaminya lalu senyuman manis diukir. Hanna memegang kedua belah pipi suaminya lalu diusap lembut.
“Abang sekejap lagi Hanna akan pergi tinggalkan abang buat selama-lamanya,Hanna harap abang reda dengan takdir Allah SWT. Hanna akan tunggu abang disana. Abang adalah cinta pertama dah terakhir Hanna dan Hanna harap abang pun sama macam Hanna. Hanna nak minta maaf dekat abang.Terima kasih tunaikan permintaan terakhir Hanna, Hanna akan pergi. Assalamualaikum Imamku.” bicara Hanna sambil tersenyum. “Hanna jangan tinggalkan abang,sayang. Hanna,Hanna jangan tinggalkan abang,sayang” “Hanna!” Assyraaf terus tersedar apabila dia didapati didatangi mimpi ngeri lalu beristighfar.’ Aku mimpi Hanna meninggal tadi?’ lalu kepalanya menoleh memandang Hanna di sebelahnya yang sedang tidur lena.
“Hanna bangun sayang. Dah subuh dah ni. Jom kita solat subuh” Assyraaf mengoyangkan bahu Hanna dengan perlahan untuk mengejutkannya. Namun Hanna masih tidak menyahut panggilan itu. “Hanna bangun Hanna. Hanna bangun sayang” merayu Assyraaf apabila melihat Hanna seperti kaku. “Hanna bangun. Jangan buat abang macam ni Hanna. Hanna bangun sayang. Hanna!!” jerit Asssyraaf.
“Assyraaf, ibu harap kamu reda dengan pemergian Hanna. Ibu juga harap Assyraaf tak menyesal berkawin dengan Hanna dalam perkahwinan yang baru bermula dari semalam. Ibu pun tak sangka Hanna akan pergi secepat itu mungkin Allah SWT lebih menyanyanginya. Ibu minta maaf sebab tak bagi tahu Assyraaf yang Hanna menghidap jantung berlubang. Dari sejak Hanna berusia 2 tahun lagi. Ibu dah buat macam-macam tetapi semuanya tak menjadi. Bila Hanna berusia 12 tahun dia dah mula menyerah dan dia dah tak nak lakukan apa-apa operation. Ibu betul-betul minta maaf Assyraaf” rintih Pn. Diana kepada menantunya.
“Tak apalah ibu, ini dikatakan takdir Assyraaf. Assyraaf reda akan pemergian arwah ibu. Assyraaf tak pernah menyesal dengan perkahwinan yang baru dibina semalam malah Assyraaf berasa gembira dapat memenuhi permintaan terakhir arwah isteri Assyraaf. Assyraaf berterima kasih dekat ibu sebab restukan perkahwinan kami dan Assyraaf gembira dapat luahkan perasaan Assyraaf dekat Hanna sekurang-kurangnya Assyraaf ada kenangan dicipta bersama bidadari Assyraaf. Semoga Allah SWT tempatkan Hanna di tempakan di kalangan dengan orang-orang yang beriman ya, ibu” bicara Assyraaf
Assyraaf memandang lama pusara arwah isterinya, Hanna Daliya binti Mohd Kamal yang masih merah. Dia teringat bait-bait biacara dia bersama ibu mertuanya. Dia tidak sangka mimpinya malam tadi betul-betul berlaku. Adakah itu petunjuk bahawa Hanna akan pergi meninggalkan dia?
Dia reda dengan pemergian Hanna Daliya kerana dia tahu Allah SWT lebih menyayangi Hanna. Dia berharap agar dia dapat berjumpa dengan isterinya di syurga nanti. In Shaa Allah. Hanna harus tahu bahawa Hanna adalah cinta pertama dan terakhir abang. Hanna, abang pergi dulu ya. Esok abang datang jenguk pusara Hanna lagi. Abang sentiasa rindukan Hanna.