Permintaan untuk menghadapkan cadangan perkhidmatan bas awam dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Kementerian Perhubungan menerusi Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) mengalu-alukan syarikat atau organisasi tempatan dan antarabangsa untuk menghadapkan cadangan bagi membekalkan, mengoperasi, menyelenggarakan dan menguruskan perkhidmatan bas awam yang boleh dipercayai dan cekap bagi Brunei Darussalam.

JPD dalam kenyataannya menyatakan bahawa permintaan untuk menghadapkan cadangan berkenaan meliputi kawasan-kawasan di negara ini terutamanya bagi lima laluan bas antara daerah, dua laluan bas utama di Tutong, lima laluan bas utama di kawasan Kuala Belait-Seria, dua laluan bas utama di Temburong dan 21 perkhidmatan bas ulang-alik.

Dokumen-dokumen permintaan untuk menghadapkan cadangan berkenaan boleh didapati bermula 27 Disember ini dan boleh diambil sama ada di Bahagian Kewangan, Tingkat 4, JPD, Jalan Gadong, Kampung Beribi atau menghantar e-mel ke alamat [email protected] untuk mendapatkan akses dalam talian kepada tender atau dokumen-dokumen berkaitan yang lain.