ABU DHABI, 19 MAC – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggantung semua jenis permit buruh termasuk pemandu dan pembantu rumah, berkuat kuasa hari ini.
Keputusan itu tidak tertakhluk kepada pemindahan intra-korporat dan permit EXPO 2020, lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM).
Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisation berkata langkah itu diselaraskan dengan pihak berkuasa Pengurusan Kecemasan, Bencana dan Krisis Negara sebagai sebahagian langkah membendung penyebaran COVID-19.
Sementara itu, WAM melaporkan UAE mengumumkan menggantung sementara perkhidmatan visa semasa ketibaan berkuat kuasa 1:00 (waktu tempatan UAE) pada hari ini kecuali pemegang pasport diplomatik. – Bernama