Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Permohonan Biasiswa Chevening dibuka

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Permohonan bagi Biasiswa Chevening yang dibiayai bersama oleh Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) United Kingdom (UK), rakan organisasi dan universiti, kini dibukakan kepada orang ramai sehingga 1 November ini.

    Menurut kenyataan yang diterima hari ini, biasiswa itu dibukakan kepada individu yang menunjukkan komitmen dan kemahiran yang diperlukan untuk membawa perubahan positif.

    Ia menawarkan sokongan kewangan penuh untuk para sarjana yang layak melanjutkan pembelajaran di universiti UK.

    Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe menjelaskan Biasiswa Chevening adalah salah satu platform yang sesuai bagi mereka yang mempunyai semangat untuk melakukan perubahan sama ada di peringkat negara mahupun global.

    “Jika awda ingin menjadi yang terbaik dalam apa yang awda lakukan dan mempunyai imaginasi untuk memberi inspirasi kepada orang lain, maka Biasiswa Chevening boleh menjadi peluang yang sempurna untuk awda,” jelas Tuan Yang Terutama.

    Menurut kenyataan itu lagi, tahun ini, Dayang Nuur Aqilah Ali telah diberikan tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sussex, UK.

    Dayang Nuur Aqilah bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Catherine Pochkhanavala-Cleeve di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British. – Gambar serahan Chevening
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...