Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Permohonan biasiswa SEED 2022-2023 kini dibuka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Permohonan untuk Biasiswa SEED tahun akademik 2022-2023 kini dibuka kepada rakyat Brunei.

    Dalam satu kenyataan yang diterima, biasiswa merangkumi yuran tuisyen, bayaran visa atau permit belajar atau kerja, tambang penerbangan pergi balik kelas economy dari Brunei ke Kanada, insurans kesihatan, kos sara hidup, pengangkutan darat dan buku dan bekalan.

    Sejak program dilancarkan pada 2017, hanya seorang pelajar dari Brunei yang telah diterima dalam program itu.

    Disebabkan pandemik COVID-19, dia tidak dapat berlepas ke Kanada.

    Kerajaan Kanada mengumumkan program SEED pada 6 Ogos 2017, ringkasan untuk program Pertukaran Pembangunan Pendidikan dan Biasiswa Kanada-ASEAN.

    Ia membekalkan pelajar dari negara anggota ASEAN, termasuk Brunei, dengan peluang jangka pendek untuk belajar atau menjalankan penyelidikan di institusi Kanada, peringkat mahasiswa-mahasiswi dan ijazah dalam bidang yang menyumbang kepada pelaksanaan Agenda untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 2030.

    Topik dalam SDGs berkenaan termasuk kesihatan dan kesejahteraan yang baik, kesamaan jantina, tenaga yang mampu dan bersih, pertumbuhan ekonomi dan tindakan iklim.

    SDGs merupakan gesaan sejagat untuk bertindak membasmi kemiskinan, melindungi planet dan mempertingkat kehidupan serta prospek untuk semua orang, di semua tempat.

    Sebanyak 17 matlamat SDGs telah diterima pada 2015 oleh semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, termasuk Brunei Darussalam yang menyokong SDGs pada tahun itu.

    Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Jeanette Stovel berkata, “Tidak adanya had kepada jumlah pemohon dari Brunei. Tumpuan biasiswa ini adalah membenarkan pelajar Brunei menyumbang kepada pelaksanaan SDGs di rantau ASEAN yang lebih luas.

    “Oleh itu, menjadi hasrat saya untuk melihat sekurang-kurangnya seorang pelajar dari Brunei menjadi penerima biasiswa berjaya pada tahun ini.

    “Buatlah permohonan seawal mungkin dan jangan tunggu hingga saat-saat terakhir, serta pastikan bidang pembelajaran menyumbang kepada pelaksanaan Agenda untuk SDGs 2030.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...