Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Permohonan dapatkan keputusan SPUB menerusi SMS dibuka mulai hari ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) tahun 1442H / 2021M menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) akan mula dibukakan pukul 10 pagi pada 11 April.

    Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan dikehendaki mendaftar terlebih dahulu, sama ada secara dalam talian atau melalui perkhidmatan SMS di mana pendaftaran adalah percuma.

    KHEU dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menjelaskan bahawa pendaftaran melalui perkhidmatan SMS boleh dibuat dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) nombor pusat peperiksaan (jarak) nombor indeks calon (jarak) nombor kad pengenalan pintar calon dan hantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif.

    Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS.

    SMS keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan.

    Pelanggan akan dikenakan caj bayaran $1 bagi setiap SMS keputusan peperiksaan yang diterima.

    Sehubungan itu, para pelanggan dipohonkan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan berkenaan, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn Bhd melalui e-mel kheuresults@machbrunei.com.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...