Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Permohonan ganti IC kuning, ungu dihentikan sementara

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Sistem Pendaftaran Kad Pengenalan (IC) yang lama kini dalam fasa peralihan untuk dinaiktarafkan ke sistem baharu dan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sehubungan dengan itu, permohonan penggantian kad pengenalan kuning dan ungu adalah diberhentikan buat sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan perkara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

Oleh itu, kad pengenalan yang belum diperbaharui dan sudah mansuh masih boleh digunakan untuk urusan-urusan tertentu.

Walau bagaimanapun, pendaftaran masih dibukakan kepada mereka yang mencapai umur 12 tahun bagi warganegara Brunei dan penduduk tetap serta kad pengenalan yang hilang atau rosak.

Manakala pendaftaran baharu dan pembaharuan bagi kad pengenalan hijau masih berjalan seperti biasa.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi talian pertanyaan iaitu ibu pejabat dan cawangan Temburong, 7299550, 7299586 (WhatsApp), cawangan Kuala Belait, 7299597 (WhatsApp) dan cawangan Tutong, 4221251 (waktu pejabat) serta e-mel perhubungan awam, info@immigration.gov.bn.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -