Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Gerai Ria sempena Hari Keputeraan dibuka

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan membukakan permohonan bagi mendapatkan petak undian berjaja di Gerai Ria sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 di kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat-alat Kebesaran Diraja, Jalan Bendahara, Bandar Seri Begawan.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, jabatan mempelawa orang ramai yang berminat khususnya para peniaga yang bertaraf warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang bermastautin di Daerah Brunei dan Muara sahaja untuk permohonan tersebut. Pemohon juga hendaklah berusia tidak kurang dari 18 tahun.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berminat bolehlah mengambil borang permohonan di Tingkat 3, Bahagian Kewangan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri hingga 5 Julai depan.

    Kesemua borang hendaklah diisi dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam peti undi yang disediakan mengikut kategori yang dipohonkan sebelum 5 Julai di Tingkat 2, Bahagian Perekonomian, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Kumbang Pasang, Bandar Seri Begawan.

    Undian akan dibuat pada 7 Julai nanti pada 9 pagi di Dewan Bandaran Depot, Kampung Belimbing, Subok dan jumlah yang dipilih adalah berdasarkan jumlah petak atau gerai jualan.

    Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Bahagian Perekonomian melalui talian +673 2232424 sambungan 153.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda