Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Permohonan HECAS 2022 ditutup 17 Februari

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Pengambilan Pusingan Pertama HECAS 2022 secara dalam talian bagi kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei (PB) serta permohonan Biasiswa Kerajaan ke Luar Negeri di bawah kendalian Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan bagi tahun akademik 2022/2023 akan ditutup pada 17 Februari ini pukul 2 petang.

    Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan, mengingatkan para pemohon untuk memastikan borang HECAS dalam talian hendaklah dihantar dengan lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan oleh IPTA sebelum tarikh tutup permohonan.

    Turut diingatkan, sebelum tarikh tutup, para pemohon juga dikehendaki untuk membuat pembayaran yang tertunggak sama ada secara dalam talian melalui aplikasi BIBD Mobile.

    Selain itu, pembayaran secara tunai juga dibukakan di kaunter-kaunter pembayaran pada 17 Februari nanti di Pusat Tingkatan Enam Tutong sebelum pukul 11 pagi dan Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong tidak lewat 2 petang.

    Oleh itu, sebarang pembayaran yang dilakukan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan dan tidak akan dikembalikan. Jika para pemohon memiliki sebarang pertanyaan atau menghadapi isu teknikal boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran HECAS melalui e-mel di ask.hecas@moe.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...