Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan hiburan dibuat secara ‘online’

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyambut baik cadangan mengenai garis pandu bagi mengadakan cara hiburan dikemas kini bagi membantu penganjur terutama industri kreatif, badan bukan kerajaan, acara amal, projek belia dan akar umbi supaya ia dapat berjalan dengan lebih teratur.

    Mengulas cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari yang turut mencadangkan supaya permohonan hiburan dapat dibuat secara online bagi memudahkan proses, Yang Berhormat Pehin berkata, pihak kementerian akan meneliti perkara ini dan memberikan maklumat lebih awal dan tatacara permohonan untuk melaksanakan atur cara seumpamanya. Dalam pada itu, Yang Berhormat Pehin juga menyambut baik cadangan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa berhubung mengintegrasikan data-data daripada pendaftaran, kebangsaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dan Kementerian Kesihatan seperti mana yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara.

    Yang Berhormat Dayang Khairunnisa.
    Yang Berhormat Dayang Khairunnisa.

    MMN Logo 2017

    Yang Berhormat Dayang Hafimi.
    Yang Berhormat Dayang Hafimi.

    “Perkara ini akan diambil perhatian dan disebabkan ia antara agensi, ia akan diambil perhatian oleh agensi berkenaan,” ujar Yang Berhormat Pehin pada hari keempat Majlis Mesyuarat Negara bersidang pagi tadi. Mengulas cadangan Yang Berhormat Dayang Hafimi binti Abdul Haadii mengenai perkongsian perbelanjaan penguatkuasaan tempat meletak kereta secara PPP(Public Private Partnership) bagi meluaskan sistem pembayaran tempat letak kereta, Yang Berhormat Pehin berkata, perkara berkenaan akan diambil perhatian.

    Beliau turut memberitahu bahawa Lembaga Bandaran sedang meneliti kaedah kawalan letak kereta di kawasan bandaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda