Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Permohonan maaf ditolak

    JAKARTA, 11 OKT – Pengebom terakhir yang terselamat dalam letupan Bali yang mengorbankan lebih 200 orang dua dekad lalu telah melahirkan rasa kesal atas serangan pengganas paling maut di Asia Tenggara menjelang ulang tahun ke-20 insiden tersebut, esok, tetapi mangsa telah menolak permohonan maafnya.

    Ali Imron dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas peranannya dalam letupan yang memusnahkan kelab malam dan bar di pulau peranginan Indonesia itu, membunuh 202 orang termasuk 88 warga Australia.

    “Saya akan menyesalinya sehingga saya mati. Dan saya akan memohon maaf sehingga saya mati,” katanya kepada AFP tanpa digari di hadapan bendera Indonesia dan gambar Presiden Joko Widodo di ibu pejabat polis metro Jakarta.

    Namun mangsa dan kerajaan Australia enggan menerima penyesalan anggota terakhir sel bom Bali yang masih ada.

    “Apabila orang berada dalam kesukaran, mereka akan berkata apa sahaja untuk keluar daripada masalah itu,” kata Thiolina Marpaung, 47, yang terselamat dengan kecederaan mata kekal.

    “Dia berkata begitu kerana dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup,” tambahnya.

    Imron membantu mendalangi pengeboman itu. Dia membina peranti itu, memasang bom di luar konsulat AS di Bali, dan melatih penyerang yang meletupkan jaket berani mati dan sebuah van yang sarat dengan bahan letupan.

    Lelaki berusia 52 tahun itu adalah satu-satunya pengebom Bali yang masih hidup selepas serangan itu.

    Kini dia ditahan di fasiliti pesalah dadah, bukannya di penjara, selepas mengaku insaf dan membantu usaha deradikalisasi Indonesia.

    Adik-beradiknya Amrozi dan Mukhlas telah dihukum bunuh oleh skuad penembak di pulau penjara tengah Jawa.

    Tetapi Imron terselamat hukuman mati selepas menunjukkan penyesalan dan membocorkan plot kepada penyiasat. – AFP

    Gambar fail bertarikh 8 Oktober menunjukkan Ali Imron semasa temu bual di rumah tahanan polis di Jakarta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...