Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Permohonan perompak dibenarkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Permohonan perompak berkumpulan untuk mendapat pengurangan hukuman telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 19 November selepas mendapati mahkamah yang menjatuhkan hukuman tidak memberinya pengurangan atas keterangannya terhadap tertuduh berama.

    Rosizan bin Jumat dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dengan 12 kali sebatan pada 4 Mac 2021 atas pengakuan bersalah melakukan rompakan berkumpulan dan pecah rumah.

    Rosizan telah memecah masuk sebuah rumah di Jalan Bukit Bendera untuk mencuri pada 11 Disember 2020.

    Dia juga melakukan rompakan bersama individu lain di sebuah kedai barang kemas di Tanjong Bunut pada 12 Disember 2020.

    Yang Di-Pertua Mahkamah Rayuan Michael Peter Burrel, dibantu oleh Hakim Conrad Seagroatt dan Michael Lunn, mendapati bahawa Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman tidak memberi pengurangan kepada perayu dalam hukuman atas kesalahannya sebagai pemandu dalam kedua-dua kejadian.

    Perayu juga tidak diberi pengurangan atas fakta bahawa dia telah memberikan keterangan terhadap seorang tertuduh bersama yang memihak kepada pihak pendakwaan. Mahkamah Rayuan mengubah hukuman yang dijatuhkan kepada Rosizan menjadi penjara enam tahun dengan 12 kali sebatan.

    Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali membantu mahkamah menjawab rayuan itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...