Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Permohonan perumahan tak kunjung tiba

    Sebut saja tentang permohonan perumahan, pasti timbul kes permohonan yang tiada khabar berita sehingga membuat pemohon menunggu bertahun-tahun.

    Jika dirujuk pada pihak relevan, jawapan yang sama akan diberikan seperti proses permohonan memakan masa yang lama. Namun, sampai bila kami perlu menunggu? Saban tahun kami menanti namun permohonan kami seperti tiada penghujungnya. Malah ada sesetengah pemohon tidak berkesampaian untuk mendapatkannya.

    Walhal, jika kita meronda di kawasan perumahan di negara ini, banyak rumah-rumah yang dibiarkan kosong belum berpenghuni dan mungkin ada yang sudah dimiliki namun tidak didiami.

    Perkara ini seharusnya dipertimbangkan oleh pihak relevan, sama ada mengambil tindakan ke atas pemilik yang tidak mendiaminya dan boleh sahaja menarik balik rumah yang diberikan kepada mereka.

    Jika rumah-rumah itu dikatakan tidak selamat untuk didiami, sudah sewajarnya pihak relevan untuk membaik pulih mana-mana rumah yang kosong itu dan diberikan kepada pemohon yang sudah sekian lama menanti jawapan.

    Pihak relevan perlu melaksanakan tugas mereka dengan jitu demi kemaslahatan orang awam, ‘Janganlah sudah terhantuk baru terngadah’, sudah dilaporkan oleh orang awam baharulah sibuk mencari penyelesaian.

    Pihak relevan perlu ingat, tidak semua orang mampu memiliki rumah dan dengan cara pemohonan inilah satu-satu cara untuk merealisasikannya.

    Halimunan

    Menurut penulis saban tahun menanti permohonan namun belum ada sebarang jawapan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...