Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Permohonan SBPP mula dibuka

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Permohonan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) untuk sesi akademik 2022/2023 akan bermula esok (31 Januari) pukul 8:30 pagi dan ditutup pada 17 Februari pada pukul 4 petang.

    Pemohon yang berminat adalah dikehendaki untuk memohon sekurang-sekurangnya satu program yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dalam negara melalui Sistem Kemasukan Berpusat Pendidikan Tinggi (HECAS).

    Selain itu, pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan borang permohonan (softcopy) melalui e-mel sbpp@moe.gov.bn di samping menghadapkan dokumen yang berkaitan termasuk borang permohonan SBPP dan HECAS (hardcopy) ke Jabatan Pengurusan Biasiswa, Tingkat 5, Blok C, Kementerian Pendidikan sebelum atau tidak lewat tarikh tutup permohonan.

    Permohonan hanya akan ditawarkan sekali setahun saja dan pemohon yang belum memperolehi keputusan rasmi dikehendaki untuk menghadapkan keputusan ramalan (predicted results) yang dikeluarkan oleh sekolah atau institusi masing-masing.

    Keputusan permohonan SBPP adalah tertakluk kepada keputusan rasmi yang akan diperolehi nanti. Selepas pengumuman keputusan permohonan SBPP, pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kelayakan bolehlah menghadapkan surat rayuan kepada Jabatan Pengurusan Biasiswa untuk dipertimbangkan.

    Walau bagaimanapun, pemohon diberi masa tiga hari waktu bekerja untuk menghadapkan surat rayuan tersebut.

    Borang permohonan berserta terma dan syarat SBPP boleh didapati melalui laman sesawang http://www.moe.gov.bn dan pemohon bolehlah merujuk kepada dokumen ‘Garis Panduan’ bagi prosedur permohonan.

    Untuk pertanyaan lanjut mengenai perkara berkenaan bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...