Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Permohonan Skim BPTV dibuka

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR BEGAWAN, 6 MAC – Kementerian Pendidikan telah membukakan permohonan bagi Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2022/2023 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat ‘O’ untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri.

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Skim BPTV disediakan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ini adalah bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini.

    Sehubungan itu, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat ‘O’ yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV. Syarat-syarat kelayakan Skim BPTV boleh didapati melalui Surat Pemberitahuan bilangan 2/2022. Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan tersebut serta borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A) boleh dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Manakala borang yang telah lengkap dan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan ke Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan tidak lewat pada 16 April, jam 4 petang.

    Bagi maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 atau talian hotline WhatsApp pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu semasa waktu pejabat atau e-mel ke bptv@moe.gov.bn dan scholarship@moe.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...