Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Permohonan Skim TVET dibukakan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa akan membukakan permohonan bagi Skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi sesi akademik 2023/2024 bermula 8:30 pagi esok.

    Skim TVET berkenaan merupakan salah satu projek kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri yang dikhususkan bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat O untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri.

    Selain itu, skim yang disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu adalah bagi menawarkan program yang membawa kepada pekerjaan sambil meningkatkan kelulusan dan kemahiran anak-anak tempatan.

    Sehubungan itu, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat O yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan skim tersebut.

    Surat Pemberitahuan bilangan 2/2023 dan borang permohonan Skim TVET boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Manakala itu, borang yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan iaitu ke pihak institusi yang ditetapkan tidak lewat 11 Februari pukul 4 petang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...