Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Permohonan ujian Bahasa Jepun dibuka 15 Ogos

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Permohonan bagi Ujian Kemahiran Bahasa Jepun (JLPT) 2022 akan dibukakan bermula 15 Ogos hingga 2 September ini.

    Kedutaan Jepun di Brunei Darussalam dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa ujian tersebut akan diadakan pada 4 Disember di Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam.

    Sijil JLPT menawarkan pelbagai kelebihan, bermula daripada pengiktirafan sebagai akademik pensijilan kredit dan pengijazahan di sekolah kepada layanan keutamaan di syarikat dan pengakuan kelayakan dalam masyarakat. JLPT telah ditawarkan oleh Yayasan Jepun sejak 1984 sebagai cara untuk menilai dan memperakui penguasaan Bahasa Jepun bagi penutur bukan asli.

    Di Brunei, JLPT telah dilancarkan sejak 2008 dan diadakan setiap Disember.

    Sehubungan itu, mereka yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan ke pihak kedutaan tidak lewat pada 2 September 2022. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang https://jlpt.jp/e/index.html.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...