SPIELBERG, 10 Julai – Permulaan ‘sempurna’ Valtteri Bottas dalam Grand Prix Austria kelmarin merupakan kesan daripada ‘pertimbangan secara kebetulan’, menurut badan pentadbir sukan itu, Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA).
Bottas memecut dari petak pertama dengan masa yang tepat ketika lampu padam di awal perlumbaan, pecutan sempurna sehingga pemenang tempat kedua, Sebastian Vettel percaya pesaingnya itu melakukan ‘jump start’.
Warga Jerman yang kecewa itu, yang berada di grid kedua buat Ferrari, berkata dia tidak percaya pada data itu dan yakin Bottas memecut terlalu awal.
Tetapi seorang jurucakap bagi FIA telah menjelaskan bahawa meskipun Bottas bernasib baik dan ia mungkin dia melakukan ‘jump start’, dia bersih daripada melakukan sebarang kesalahan.
“Sistem ‘jump start’ menilai sama ada sesebuah kereta itu bergerak dari jarak (sangat kecil) antara detik lampu merah terakhir menyala dan di saat lampu padam,” katanya jurucakap FIA itu.
“Kami mendapati bahawa perlu membolehkan beberapa pergerakan kecil, ketika para pemandu perlu membuat penyesuaian klac dalam persiapan awal perlumbaan.
“Sistem ini, yang bergantung pada perkiraan para pegawai disediakan oleh Formula Satu, telah beroperasi selama 20 tahun dan terbukti dapat diharapkan.
“Sebagai contoh hari ini (kelmarin) Valtteri Bottas tidak melepasi had sebelum pelepasan diberikan.
“Dia telah membuat pertimbangan tepat dan kebetulan sempurna, menilai saat lampu padam dengan ketepatan yang luar biasa. – AFP