Permulaan positif Quartararo dan Morbidelli

KUALA LUMPUR, 16 JULAI – Penunggang Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Fabio Quartararo memberi amaran awal untuk menamatkan perlumbaan di podium selepas mencatatkan masa kedua terpantas di ujian MotoGP Sepanyol di litar Jerez pada Rabu.

Pelumba 21 tahun dari Perancis itu mencatatkan 1:37.911 saat (s), hanya 0.118s di belakang pelumba Sepanyol Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha. Pelumba Sepanyol yang juga juara MotoGP Dunia enam kali, Marc Marquez (Repsol Honda Team) ketiga (1:38.021s), manakala rakan sepasukan Fabio Franco Morbidelli di tempat ke-14 (1:38.646s) “(Litar) Jerez adalah berbeza dengan (litar) Sepang dan Qatar. Saya tak sangka untuk meningkat sebegini pada sebelah perang kerana rentak yang agak konsisten.

“Esok kita akan ada masa untuk bicang mengenai penalaan, tayar dan peralatan elektronik supaya kami boleh tingkatkan lagi. Kami tidak mengejar masa, jadi agak jangal jika kali lakukannya, tetapi saya amat gembira dan tidak sabar untuk hari perlumbaan untuk bermula dengan baik,” kata Quartararo dalam kenyataan dikeluarkan pasukan.

Morbidelli yang berkongsi pandangan yang sama, berpuashati dengan prestasinya walaupun telah melakukan kesilapan pada selekoh terakhir pada hujung sesi kedua.

“Pertamanya, saya amat gembira untuk kembali ke litar dan bertemu semula dengan krew yang merupakan keluarga saya. Keduanya, bagus rasanya untuk kembali menunggang motosikal M1 saya, dan rasa bagus sekali dari seawal pusingan pertama.

“Masih terdapat ruang untuk dipertingkatkan lagi, tetapi saya rasa bagus dan kami tahu apa yang kami perlu untuk meningkat lagi. Kini kami menunggu untuk permulaan musim 2020 hujung minggu ini,” tambah Morbidelli. – Bernama