Perniagaan India ‘tidak yakin dengan RCEP’

NEW DELHI, 10 JULAI – Perniagaan India tidak yakin perjanjian perdagangan bebas yang dibincangkan oleh ASEAN dan enam rakan perdagangan utamanya, akan mewujudkan situasi sama-sama menang bagi mereka, kata menteri perdagangan negara itu.

Menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) itu dilihat sebagai lanjutan dasar ‘Bertindak Ke Timur’ negara itu, namun New Delhi masih ragu-ragu sama ada ia boleh mendapatkan konsesi daripada pihak berunding, termasuk Australia, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan, dalam bidang perkhidmatan.

Menteri Perdagangan India, Piyush Goyal berkata wujud kebimbangan dan sikap pesimis dalam kalangan perniagaan India terhadap impak perjanjian perdagangan bebas sebelum ini, oleh itu India mengharapkan manfaat daripada RCEP, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan India, pada rundingan tidak formal bersama ASEAN hari ini. – Bernama