Perniagaan kecil tetap bertahan harungi COVID-19

NAIROBI – Dalam membendung penularan wabak COVID-19, kebanyakan negara-negara yang terjejas di seluruh dunia mengarahkan penutupan sementara sebahagian kedai-kedai, pasar-pasar dan gedung-gedung membeli-belah.

Dengan adanya langkah berkenaan dapat sedikit sebanyak mengurangkan jangkitan wabak, namun impak negatifnya telah menjejaskan hasil pendapatan perniagaan dan status pekerja yang boleh dibuang kerja pada bila-bila masa sahaja.

Meskipun terjadinya halangan kepada beberapa peniaga untuk meraih hasil pendapatan, terdapat sesetengah peniaga tetap membuka perniagaannya dengan pelbagai cara yang dilakukan agar perbelanjaan harian tidak putus. Bukanlah dikatakan membuka perniagaan ketika diarahkan penutupan itu sebagai penentangan kepada arahan kerajaan tetapi atas sebab tertentu dan menerapkan langkah-langkah kebersihan ketika beroperasi.

Sebagaimana di beberapa pertubuhan besar di Kenya telah mengurangkan operasi mereka sementara yang lain menutup kedai mereka ketika memantau perkembangan memerangi COVID-19.

Walau bagaimanapun, memandangkan korporat memerah aktiviti, perniagaan berskala kecil terus berdaya tahan, memastikan pintu kedai mereka terbuka ketika negara memperkenalkan pelbagai langkah yang sukar untuk mengekang penularan virus itu.

Kerajaan mendorong rakyat Kenya menggunakan mata wang digital untuk transaksi perniagaan bagi mengelakkan penularan virus kerana wang kertas dikatakan boleh dicemari virus dan menyebarkannya ketika orang menggunakannya. – Agensi
Para peniaga menjual barangan jualan mereka di pasar terbuka Gikomba di Nairobi, bandar Kenya. – Xinhua
Gambar bertarikh 31 Mac 2020, menunjukkan pegawai-pegawai kesihatan sedang memeriksa suhu para penumpang di dalam pengangkutan awam di pos pemeriksaan polis di lebuh raya di Nakuru, Kenya. – Xinhua
Kerajaan telah menetapkan pembekal makanan sebagai penyedia perkhidmatan penting yang memelihara rantaian bekalan makanan namun terdapat sedikit gangguan terhadap hasil pertanian dan akses masuk akibat larangan yang dikenakan untuk mencegah penyebaran virus. – Agensi

Peniaga ini termasuk mereka yang menjalankan kedai-kedai perkhidmatan e-dompet, pengedar-pengedar barang-barang pertanian, kedai-kedai hasil yang segar, tukang-tukang kimpal, tukang-tukang kayu dan kedai-kedai barangan rumah di kawasan perumahan.

“Saya tidak pernah menutup kedai saya sejak wabak koronavirus di negara ini. Setiap hari saya berkhidmat dengan puluhan orang yang memasukkan atau mengeluarkan wang tunai,” Winnie Kabiru, yang menjalankan kedai perkhidmatan wang bergerak di Kitengela di timur ibu negara Nairobi, pada Sabtu lalu.

Di hadapan kedainya, dia telah menyediakan tempat mencuci tangan bagi kemudahan pelanggan-pelanggannya membersihkan tangan mereka sebelum memasuki kedainya. Beliau juga telah membuat notis memaklumkan pelanggan untuk mengekalkan penjarakan sosial.

“Saya mengambil langkah sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya. Kami lebih baik untuk tetap selamat dan menjalankan perniagaan kami daripada secara semberono menutupnya,” katanya.

Kerajaan mendorong rakyat Kenya menggunakan perkhidmatan mata wang digital untuk transaksi perniagaan bagi mengelakkan penyebaran virus.

Setiausaha Kabinet Kesihatan Mutahi Kagwe menjelaskan wang kertas menunjukkan permukaan yang boleh tercemar dengan virus dan menyebarkannya ketika orang menggunakannya.

Oleh itu, ejen wang bergerak seperti Kabiru memainkan peranan penting dalam memastikan langkah itu berjaya.

Begitu juga, penjual sayur Grace Mutuku, yang mengusahakan kedainya di timur Nairobi tidak pernah menutupnya, memastikan penduduk mendapat makanan di tengah-tengah krisis.

Dia telah menggaji seorang pekerja di kedai itu, yang telah dikekalkannya tatkala beberapa organisasi besar telah banyak memecat pekerjanya.

“Saya pergi ke pasar untuk mendapatkan bekalan setiap dua hari. Harga sedikit tinggi tetapi bekalan makanan tetap konsisten,” katanya, sambil menambah dalam sehari dia secara purata meraih hasil jualan kira-kira 6,000 shilling (kira-kira AS$60 dolar).

Di hadapan kedainya, dia juga meletakkan tempat mencuci tangan untuk pelanggannya dan memastikan mereka mengekalkan pejarakan sosial. Kerajaan telah menetapkan pembekal makanan sebagai penyedia perkhidmatan penting yang memelihara rantaian bekalan makanan.

Pengerusi Rangkaian Sektor Pertanian Negara, Bimal Kantaria, berkata terdapat sedikit gangguan terhadap hasil pertanian dan akses masuk akibat larangan yang dikenakan untuk mencegah penyebaran virus itu, dengan menyambut baik langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Pengendali kenderaan perkhidmatan awam adalah antara pengusaha kecil lain yang memastikan ekonomi Kenya berjalan.

Walaupun langkah-langkah sukar diperkenalkan oleh kerajaan dalam sektor ini, pengendali tetap berdaya tahan. Di ibu kota Nairobi, mereka mengangkut ratusan orang yang perlu pergi bekerja atau tempat perniagaan dari kawasan kediaman ke pusat bandar.

“Saya masih bangun pada pukul 5 pagi untuk memulakan perniagaan saya,” kata Jared Moseti, konduktor di Rembo Shuttle di laluan Kitengela-Nairobi.

Dia mengenakan bayaran AS$1 ke atas penumpang untuk setiap perjalanan tetapi bilangan perjalanan telah berkurangan disebabkan oleh peraturan baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk perintah berkurung pada waktu malam dan arahan duduk di rumah.

Pada 27 Mac lalu, Presiden Uhuru Kenyatta mengurangkan cukai dari tiga peratus kepada satu peratus untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Ernest Manuyo dari Institut Perintis di Nairobi berkata sebahagian daripada ekonomi dijalankan oleh perniagaan kecil yang tergolong dalam sektor tidak rasmi.

“Mereka menggaji beribu-ribu pekerja dan menghasilkan peratusan besar dalam produk domestik kasar. Di tengah krisis ini, mereka tetap berdiri untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam ekonomi negara,” katanya.

Ekonomi Kenya dijangka menyusut dengan ketara tahun ini akibat pandemik. Bank Pusat Kenya menyemak semula penurunannya dari 6.2 peratus menjadi 3.4 peratus disebabkan oleh penyakit ini. – Xinhua