Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perniagaan kedai makan terjejas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Restoran dan kedai-kedai makan di negara ini yang biasanya dipenuhi dengan ramai pelanggan kini dilihat semakin berkurangan secara mendadak berikutan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan penduduk di
    negara ini.

    Wakil restoran dan kedai makan yang dikunjungi wartawan Media Permata mendedahkan bahawa perniagaan mereka merosot dengan ketara sejak tiga hari kebelakangan ini apabila negara ini mengesahkan kes pertama jangkitan COVID-19 pada 9 Mac lalu.

    Antara peniaga yang terjejas ialah salah sebuah restoran di Gadong yang terkenal dengan mi goreng mamak, di mana pada kebiasaannya para pelanggan akan memenuhi kedai berkenaan pada waktu pagi dan tengah hari.

    Tetapi sejak penularan COVID-19, baru-baru ini, penjualannya menjunam sekurang-kurangnya 40 peratus, kata Hydros yang mengendalikan operasi restoran berkenaan.

    Jelasnya, pendapatan hari ini juga bertambah merosot, di mana tidak ada seorang pun pelanggan tetapnya datang sejak negara ini mengumumkan perintah tegahan keluar negara.

    Sementara itu, beberapa restoran juga telah mengambil inisiatif menutup restoran mereka untuk dine-in, manakala penghantaran makanan seperti Pizza Hut, KFC, Ideal, McDonald’s dan lain-lain masih berjalan seperti biasa.

    Tinjauan juga mendapati bahawa beberapa pengusaha kafe kecil-kecilan terpaksa menutup perniagaannya selepas tidak menerima pelanggan sejak beberapa minggu ini.

    Salah sebuah kedai makan dilihat lenggang tanpa pelanggan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda