Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perniagaan online Brunei terdedah kepada serangan DDoS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Perniagaan yang berhijrah ke dalam talian telah menjadi sasaran baharu bagi serangan siber termasuk serangan Distributed Denial of Services (DDoS).

    Unified National Networks (UNN) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menjelaskan bahawa serangan DDoS adalah apabila satu pihak dengan niat jahat mengawal dari jauh sebuah rangkaian komputer dan peranti yang dijangkiti dengan bot malware untuk menyesakkan rangkaian menghala ke sesebuah server bagi syarikat yang disasarkan.

    Serangan DDoS itu akan menghalang pengguna daripada mengakses sistem maklumat, peranti atau sumber-sumber rangkaian lain daripada server yang disasarkan.

    Kenyataan itu menyatakan lagi bahawa menurut laporan metrik serangan DDoS daripada sebuah pembekal berasaskan cloud unggul, pada 2021, 3.6 peratus serangan DDoS global berasal dari Brunei.

    Ini menjadikan Brunei sebagai sumber ketiga tertinggi bagi serangan DDoS global yang disebabkan oleh peranti-peranti dijangkiti yang terdapat di Brunei.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa serangan DDoS pada perniagaan di Brunei boleh dilakukan oleh rangkaian bot yang berasal dari luar negara, bukan sahaja dari Brunei.

    Pemerhatian ini bermakna bahawa perniagaan tempatan mudah terdedah atau berisiko kepada serangan DDoS selari mereka disambungkan ke Internet.

    UNN dalam kenyataan itu, menyatakan bahawa mereka memperkenalkan DDoS Defence, sebuah perkhidmatan sekuriti siber automated dan diurus sepenuhnya yang direka untuk melindung syarikat-syarikat tempatan daripada ancaman berniat jahat, memastikan talian hayat untuk perniagaan dalam talian kekal tidak tergendala semasa serangan DDoS.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...