Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    ‘Perniagaan perlu ikut perkembangan terkini’

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Lebih 80 orang telah menghadiri ceramah bertajuk ‘Undang-undang dan Perniagaan’ yang berlangsung di Hotel Radisson di ibu negara, hari ini.

    Ceramah anjuran bersama Forum Perniagaan Britain Brunei (BBBF) dan Dewan Perniagaan Cina (CCC) itu telah disampaikan oleh Dr Colin Ong QC yang merupakan peguam terkemuka Inggeris Queen Counsel, Singapura dan Brunei.

    Pengerusi BBBF, Siva Subra-maniam dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada jemputan yang hadir terdiri daripada anggota kor diplomatik, ahli perniagaan Brunei terkemuka dan perbankan serta ahli-ahli BBBF dan CCC.

    Beliau juga berterima kasih kepada Dr Colin Ong QC kerana menyampaikan ceramah penting yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 BBBF bagi 2022.

    Selain itu, BBBF turut berbesar hati kerana mempunyai salah seorang ahli jawatankuasa eksekutif yang terkenal, Dr Colin Ong QC untuk berkongsi pandangannya dalam acara terbaharu yang dianjurkan oleh BBBF itu.

    Ceramah yang memfokuskan landskap perniagaan dan undang-undang syarikat di Brunei itu merupakan aspek kritikal bagi mana-mana perniagaan untuk mengikuti perkembangan terkini, terutamanya dengan tumpuan yang semakin meningkat pada tadbir urus dan pematuhan di seluruh dunia.

    Dalam ceramahnya, Dr Colin Ong QC antara lain menyentuh pelbagai topik undang-undang perniagaan daripada undang-undang komersial, syarikat, kontrak, pelaburan dan penyelesaian pertikaian termasuk timbang tara.

    Beliau juga memberi contoh praktikal dan tip mengenai apa yang perlu diketahui dalam aktiviti perniagaan harian mereka.

    Dengan lebih daripada 60 orang ahli, BBBF kerap menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ahli dan menawarkan mereka peluang untuk saling berangkaian.

    Dr Colin Ong QC (kanan), penceramah undangan bagi acara BBBF dan CCC. – Gambar serahan BBBF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...