Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perodua Alza SE versi facelift dilancar

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Syarikat GHK Motors Sdn Bhd hari ini telah melancarkan Perodua Alza SE versi facelift 2019.

    Model popular di Malaysia itu merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mampu membawa tujuh penumpang, mesra keluarga sesuai dengan kata pikat mereka ‘Versatile as You’.

    Selain mempunyai ruang penyimpanan yang luas, Alza juga mempunyai tempat duduk yang boleh diubah suai mengikut keselesaan atau kemahuan pemandunya.

    Antara perubahan ketara yang diperkenalkan pada model terkini Alza berkenaan ialah rim aloi 15 inci dengan warna moden termasuk kelabu granit.

    Alza digerakkan oleh enjin petrol 1.5cc dan dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Ia juga dilengkapi teknologi terkini sistem audio dengan fungsi Bluetooth dan USB.

    Model facelift Perodua yang diberi penarafan empat bintang ASEAN NCAP ini dilengkapi dua beg udara di hadapan, tempat duduk anak damit Isofix di barisan tengah, ABS dengan pengedaran brek elektronik (EBD) dan bantuan brek didatangkan sebagai ciri-ciri standard untuk seluruh model Alza.

    Perodua Alza baharu versi facelift 2019.
    Bahagian dalaman Perodua Alza SE versi facelift.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda