Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perodua terima pensijilan SIRIM

    KUALA LUMPUR, 29 Jun – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan anak syarikat milik penuhnya Perodua Sales Sdn Bhd menerima pensijilan SIRIM dengan versi terkini 2015 ISO, piawaian 9001 dan 14001.

    Bagi mendapatkan pensijilan itu, Perodua berkata sesebuah organisasi perlu mematuhi piawaian kualiti terbaik dalam proses kerja bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dan menumpukan kepada piawaian alam sekitar.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh dalam kenyataan hari ini berkata pengiktirafan itu mengukuhkan visi syarikat untuk menjadi pemain industri yang kompetitif di rantau ini, di samping terus menambah baik perkhidmatan.

    “Permintaan pasaran dan industri sentiasa berubah dan amat penting untuk kami meningkatkan piawaian dalam prosedur kerja untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

    Datuk Dr Aminar Rashid Salleh (kiri) ketika menghadiri pelancaran model baharu Myvi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dalam gambar fail 16 November 2017. Perodua dan anak syarikatnya Perodua Sales Sdn Bhd menerima pensijilan SIRIM dengan versi terkini 2015 ISO, piawaian 9001 dan 14001.

    “Dengan pensijilan yang dinaik taraf, kami berharap dapat mengurangkan jurang indeks kepuasan dengan pesaing antarabangsa lain yang diiktiraf,” katanya.

    Untuk masa hadapan, Aminar berkata Perodua akan memperluas piawaian itu kepada rakan niaga, sama ada pengedar atau pembekal.

    “Kami akan memastikan rakan niaga dan para pembekal mematuhi amalan hijau seperti dikehendaki dalam piawaian ISO, termasuk mendapatlan sumber bahan yang mesra alam,” katanya.

    Perodua mula melaksanakan piawaian ISO pada 1998 dan kini semua cawangannya telah diperakui ISO. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda