Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Peroleh ilmu pengetahuan relevan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Maktab Duli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Dengan membawa tema ‘Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar’, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) mengadakan Simposium Pendidik Cakna Ilmu yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar (SLSC), Maktab Duli, kelmarin.

    Simposium itu bermatlamat untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang relevan menerusi perkongsian maklumat saintifik dan profesional terkini yang berkaitan dengan perkembangan ilmu pengetahuan.

    Simposium yang dianjurkan oleh Bahagian Perkembangan Profesional Guru, Maktab Duli itu dihadiri oleh Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin; Pemangku Timbalan Pengetua Akademik, Dr Mohd Zamri bin Haji Ismail, pensyarah-pensyarah serta kakitangan maktab berkenaan.

    Bagi memberkati majlis berkenaan, doa khas telah dibaca oleh Syed Mohsen bin Syed Abdul Rahman dan diikuti dengan ucapan daripada Ketua Bahagian Perkembangan Profesional Guru, Dr Faridah binti Abdul Hamid. Simposium berkenaan menyaksikan perkongsian penyelidikan tindakan yang dikendalikan oleh 15 orang pensyarah yang dibahagikan kepada tiga buah kumpulan.

    Kumpulan berkenaan telah mengendalikan penyelidikan tindakan yang menumpukan kepada tiga bidang tumpuan dalam Pelan Pembaikan Sekolah (SIP) 2021 iaitu maklum balas kua-liti, penyelidikan tindakan dan refleksi kendiri pelajar.

    Simposium sehari itu berakhir dengan pengumuman Pelan Pembaikan Sekolah 2022 dengan bidang tumpuan penyelidikan tindakan, penyampaian sijil kepada kumpulan-kumpulan penyelidikan tindakan SIP 2021 serta penganugerahan kepada lima orang penceramah teratas yang telah mendaftar bagi kursus-kursus perkembangan profesional guru.

    Penyampaian sijil dan anugerah pada majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Dayangku Hajah Nooramaliatifah.

    Dayangku Hajah Nooramaliatifah semasa menghadiri Simposium Pendidik Cakna Ilmu yang berlangsung di SLSC, Maktab Duli, kelmarin.
    Perkongsian yang diadakan semasa Simposium Pendidik Cakna Ilmu yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar (SLSC), Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...