Peroleh tenaga elektrik daripada tumbuhan alga

BAITULMAQDIS, 12 JUN – Saintis Israel berkata mereka telah menghasilkan hidrogen daripada tumbuhan dalam satu kemajuan yang diharapkan oleh mereka dapat membawa kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan elektrik.

Penemuan itu dilakukan dengan menggunakan alga mikroskop, sejenis tumbuhan akuatik, dalam penyelidikan yang dijalankan di makmal Universiti Tel Aviv.

“Untuk menghubungkan sambungan peranti kepada elektrik, anda perlu menghubungkannya kepada poin kuasa. Dalam kes tumbuhan, kami tidak tahu di mana untuk menghubungkannya,” kata Iftach Yacoby, yang mengetuai makmal tenaga boleh diperbaharui di universiti itu.

Penyelidik menanam sejenis enzim ke dalam sampel alga dan memerhatinya mengeluarkan hidrogen, sumber tenaga yang telah digunakan dalam kenderaan.

“Kami tidak tahu sama ada ia dapat berfungsi tetapi kami percaya ia mempunyai potensi,” kata Yacoby semasa satu lawatan ke makmal.

Hasil kajian, projek kerjasama dengan Kevin Redding di Universiti Arizona, disiarkan pada April dalam jurnal Sains Tenaga dan Alam Sekitar. – AFP

Iftach Yacoby memeriksa sampel alga mikro semasa penyelidikan untuk membuktikan evolusi tumbuhan dengan mata hari untuk menghasilkan tenaga di bandar Israel pada 11 Jun 2020. – AFP