Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Perolehi ilmu baharu menerusi Kursus Pasca Perkahwinan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Seramai 18 pasangan suami isteri yang menghadiri Kursus Pasca Perkahwinan telah menerima sijil pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

    Sijil-sijil telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Suhaimi bin Haji Gemok, selaku tetamu kehormat majlis.

    Kursus yang bertemakan ‘Iman Dikarihi, Keluarga Harmoni’ itu dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah, KHEU.

    Pada majlis itu, Media Permata berkesempatan menemu bual sepasang suami isteri, Pengiran Hairul Azmi bin Pengiran Haji Tengah dan Dayangku Hajah Amanina Syazwani binti Pengiran Haji Aliudin yang melahirkan harapan agar kursus seumpamanya akan dibukakan bukan saja kepada pasangan yang baharu berkahwin tapi kepada pasangan yang sudah lama berkahwin untuk menambahkan ilmu yang ada.

    Mereka menambah, melalui kursus yang dihadiri itu, banyak ilmu baharu yang diperolehi dalam masa yang sama dapat mengimbas kembali apa yang telah dipelajari sebelum ini.

    Menyentuh mengenai pengisian kursus, tambahnya, kesemua tajuk ceramah yang telah disampaikan memberi manfaat dan menarik, di mana pada hari kedua kursus, tajuk ceramah yang disampaikan banyak memberi pengajaran dan mengajar bagaimana cara memperbaiki diri masing-masing sebagai suami dan isteri. Manakala itu, pasangan suami isteri, Awang Mohammad Saiful Kamarulzaman bin Sawal dan Dayang Almira Nur Raissa binti Roslan pula berpendapat, dengan adanya kursus, ia dapat memberi ilmu kepada pasangan yang belum menghadiri kursus nikah.

    Mereka berharap, kursus seumpama ini akan diteruskan selain memberi peluang kepada pasangan yang belum pernah menghadiri kursus nikah sebelum ini.

    Sepanjang tiga hari kursus tersebut diadakan, tujuh buah kertas kerja telah dibentangkan oleh fasilitator-fasilitator jemputan.

    Haji Suhaimi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang menyertai kursus tersebut.
    Pasangan Pengiran Hairul Azmi dan Dayangku Hajah Amanina Syazwani melahirkan harapan supaya kursus seumpamanya juga dibukakan kepada pasangan yang sudah lama berkahwin untuk menambahkan ilmu yang ada.
    Antara peserta yang menyertai Kursus Pasca Perkahwinan, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...