Perompak berlian AS$1 juta ditangkap

CASTRES, 4 MAC – Tiga perompak Romania telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun kelmarin setelah disabitkan bersalah mencuri berlian bernilai AS$1.1 juta dalam satu penipuan yang rumit melibatkan seorang tukang emas Perancis dan rakan perniagaannya dari India.

Kumpulan yang terdiri daripada empat orang – seorang daripadanya berasal dari Serbia yang menetap di Paris – telah dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh hakim di Castres di Selatan Perancis, tetapi beliau berjaya melarikan diri dan waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan.

Mereka telah didapati bersalah atas kesalahan mencuri tiga butir berlian – di mana berlian tersebut masih gagal dijumpai – pada Ogos 2017.

Operasi telah dijalankan empat bulan lalu di pesta perdagangan di Monaco, di mana dua di antara kumpulan tersebut memperkenalkan diri mereka sebagai pasangan kaya dari Armenia yang ingin melabur dalam permata berharga.

Kumpulan tersebut sekali lagi mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan di Milan dan di Mazamet di Selatan Perancis pada bulan Ogos, apabila ahli peniagaan tersebut meminta supaya permata tersebut diperiksa oleh seorang pakar bebas.

Setelah mencapai persetujuan, berlian tersebut telah diletakkan di dalam sebuah kotak oleh yang seorang pakar yang sedang menyamar dan kemudian dibawa oleh pedagang permata dari India, dan mereka menunggu janji bahawa transaksi bank sebanyak AS$1.1 juta akan dibuat.

Namun pada hari berikutnya, duit tersebut masih belum di-pindahkan ke dalam akaun bank dan pedagang tersebut membuka kotak tersebut dan mendapati kotak tersebut kosong. – AFP