Perompak larikan tandas emas

LONDON 15 SEPT – Sekumpulan perompak mencuri tandas emas 18 karat (gambar) dari pameran seni di Istana Blenheim sehingga menyebabkan banjir di Tapak Warisan Dunia berkenaan.

Menurut polis, hasil seni berfungsi sepenuhnya itu dicipta artis Itali, Maurizio Cattelan.

Katanya, seorang warga emas berusia 66 tahun juga telah ditangkap berkaitan kes itu. “Pelaku telah memecah masuk ke dalam istana itu pada malam dan melarikan diri sekitar pukul 4:50 pagi.

“Tiada sesiapa mengalami kecederaan dalam rompakan ini,” katanya. Tambahnya, polis percaya kumpulan perompak itu menggunakan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk mencuri tandas emas itu.

“Buat masa ini, hasil seni itu masih belum ditemukan semula namun siasatan teliti sedang dijalankan bagi membawa pelaku ke muka pengadilan,” ujarnya. – AFP