Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Perpustakaan DBP Kampung Pandan meriahkan cuti sekolah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 2 DIS – Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan memeriahkan hari pertama cuti penggal persekolahan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bagi penduduk sekitar.

    Antara yang diadakan adalah pelbagai permainan karnival dengan berbagai-bagai hadiah menarik untuk dimenangi.

    Di samping itu, 13 vendor terdiri daripada pengusaha tempatan juga mengadakan gerai jualan di sekitar premis bagi menjual pelbagai produk.

    Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan termasuk pertandingan membaca anjuran Sekolah Alif Kuala Belait, yang bermatlamat untuk mempromosikan minat membaca terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekolah.

    Perpustakaan tersebut dijadualkan akan terus menganjurkan berbagai-bagai aktiviti, ceramah dan acara sehingga 15 Disember depan.

     

    ATAS & BAWAH: Antara aktiviti dan permainan menyeronokkan yang diadakan di perpustakaan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...