Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perpustakaan DBP Kg Pandan meriah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 24 JAN – Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan meriah dengan kehadiran pelajar dan orang ramai yang menyertai pelbagai aktiviti dalam Program Mesra Perpustakaan yang diadakan baru-baru ini.

    Program bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam, terutamanya para pelajar, untuk menyertai berbagai-bagai aktiviti yang bukan sahaja dihasratkan untuk menarik dan menggalakkan lagi penduduk sekitar berkunjung ke perpustakaan malah membantu meningkatkan literasi mereka menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan.

    Antara yang diadakan termasuk peraduan membaca dan mempromosikan keahlian perpustakaan untuk mendapatkan akses kepada pelbagai buku yang terdapat di sana, dengan setiap aktiviti menawarkan hadiah-hadiah dan cenderahati.

    Di premis perpustakaan, enam petak disediakan untuk pihak perpustakaan dan usahawan tempatan menawarkan pelbagai permainan menyeronokkan dan produk.

    Antara pengunjung yang menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan di perpustakaan berkenaan.
    Pelajar menyertai salah satu aktiviti yang diadakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...