Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 24 SEPT – Sempena Hari Guru ke-33 dan Hari Literasi Sedunia, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan kelmarin telah mengendalikan Jelajah Perpustakaan yang diisikan dengan pelbagai permainan dan aktiviti menyeronokkan bagi menggalakkan pemikiran kritikal dan literasi.
Kanak-kanak bersama keluarga dari kawasan Kampung Pandan tidak melepaskan peluang mengikuti acara itu di mana mereka meninjau gerai-gerai yang disediakan oleh kakitangan perpustakaan yang dipenuhi dengan permainan menguji literasi dan pemikiran kritis, dengan beberapa melibatkan kemahiran IT.
Selain permainan dan aktiviti, beberapa gerai turut disediakan oleh usahawan tempatan yang menjual produk buatan tangan, makanan dan minuman bagi memeriahkan lagi acara.