LONDON, 21 Mac – Selepas setahun dibelenggu dengan skandal dan malapetaka kesukanan, Gareth Southgate akan memulakan usahanya untuk mengemudi England dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman di Dortmund.
England memulakan 2016 dengan kemenangan meyakinkan ke atas Jerman, tetapi mereka telah dimalukan oleh Iceland di Euro 2016 sebelum pengurus baru Sam Allardyce dijatuhkan oleh sengatan akhbar hanya selepas mengendalikan satu perlawanan.
Southgate, 46, telah dilantik bagi menemukan semula cebisan dan memperlihatkan autoritinya dengan tidak memasukkan kapten Wayne Rooney dalam skuad pertamanya, menjelaskan bahawa sudah tiba masanya England membangun untuk masa depan.
“Apabila anda mempunyai peranan sementara, anda akan selalu berfikir, ‘adakah saya membuat keputusan untuk jangka masa panjang atau hanya memerlukan mata bagi negara anda?’,” kata Southgate, yang pada mulanya menggantikan Allardyce sebagai pengurus sementara.
“Kini terdapatnya peluang untuk melakukan apa yang saya fikir penting.
“Kami mempunyai visi jangka masa panjang bagaimana kami mahu ia berjalan sebagai sekumpulan kakitangan, jadi dalam beberapa bulan kebelakangan ini kami cuba melaksanakannya.”
England meninggalkan Jerman setahun yang lalu dengan keyakinan tinggi selepas gol daripada Harry Kane, Jamie Vardy dan Eric Dier telah menyaksikan skuad Goy Hodgson bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan juara dunia itu 3-2 di Berlin.
Pemain muda Hodgson dijangka mempamerkan aksi hebat di Euro 2016 di Perancis, tetapi selepas melepasi peringkat kumpulan dengan sukar menentang Rusia dan Slovakia, mereka telah dikejutkan 2-1 oleh Iceland dalam peringkat 16 terakhir.
Perletakan jawatan Hodgson menyaksikan Allardyce diberikan tugas itu, hanya mendapati dirinya diperangkap oleh wartawan akhbar yang membuat rakaman rahsia ketika dia membuat komen tidak baik. – AFP