Persaingan kompetitif rangsang penggunaan domestik

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Sebanyak 167 aduan atau 62 peratus daripada 270 aduan rasmi yang diterima melalui Talian Darussalam 123 sejak Januari 2020 adalah berkaitan dengan harga barangan.

Sehubungan dengan itu, peniaga-peniaga diminta untuk menjalankan perniagaan dan perusahaan secara kompetitif untuk terus memenuhi permintaan domestik yang kukuh dengan mengambil kira pertumbuhan positif yang direkodkan baru-baru ini. Harga produk yang kompetitif dan amalan perniagaan yang beretika akan membuka jalan kepada pasaran yang sihat bagi merangsang penggunaan domestik.

Di samping itu ia turut menggalakkan pengguna untuk terus berbelanja di dalam negara.

Sebarang pertanyaan mengenai anti-persaingan atau tidak wajar dalam perniagaan, peniaga atau pengguna boleh menghubungi Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna (DCCA) melalui talian hotline pengguna di bawah Talian Darussalam 123, 2233344 atau aplikasi mudah alih PenggunaBijak.