Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Persandingan diraja berseri-seri, penuh tradisi

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Rafi Rosli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Majlis Perkahwinan Diraja berkemuncak hari ini dengan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang penuh adat-istiadat tradisi, berseri-seri serta meriah di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke majlis istiadat berkenaan.

    ramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

    Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani serta kerabat diraja jemputan khas dari Malaysia.

    Hadir sama ialah bonda pengantin diraja perempuan, Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati serta Datin Paduka Seri Hajah Mariam bersama pengantin diraja, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YAM Pengiran Muda Bahar.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menapakkan tangan YAM Pengiran Muda Bahar ke atas kepala YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.
    Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima junjung ziarah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.
    Datin Paduka Seri Hajah Mariam menerima junjung ziarah daripada YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah berkenan berangkat majlis tersebut.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan berangkat ke majlis persandingan tersebut.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Datin Paduka Seri Hajah Mariam, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah bersama tetamu khas negara.
    Bagai pinang dibelah dua..Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di antara YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan YAM Pengiran Muda Bahar.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah menerima junjung ziarah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.
    Pasangan pengantin diraja dijunjung berangkat dari majlis tersebut bersama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja kelmarin.
    Cucunda-cucunda KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan turut berangkat ke majlis istiadat berkenaan.
    YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min pada majlis tersebut.
    YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah, YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah berserta Pengiran Elina Zuraidah dan YAM Pengiran Anak Naafi’ah Khairul Bulqiah hadir pada majlis persandingan berkenaan.
    YAM Pengiran Muda Omar Ali dan YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah.
    YAM Tengku Amalin A’Ishah Putri, YAM Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah.

    Istiadat Bersanding Pengantin Diraja didahului dengan keberangkatan tiba kerabat diraja dan ketibaan tetamu khas negara, para pembesar negara serta para jemputan memasuki Balai Singgahsana Indera Buana.

    Kemudian, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berangkat ke Balai Singgahsana Indera Buana dengan diapit oleh YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dengan didahului oleh 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-Awang diikuti oleh Juru Bini Hajah Rokiah dan dua orang Hulubalang, Hulubalang Diraja membawa Pemuras dan Karga, dan Hulubalang Asgar membawa Kelasak dan Kampilan, sebatang Dian Tunggal dibawa oleh Dayang-Dayang berjalan di hadapan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan diiringi oleh Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Bini Datin Paduka Hajah Siti.

    Ini diikuti oleh Perhiasan Yang Teramat Mulia yang dibawa oleh tiga orang Dayang-Dayang, seorang membawa Payung, seorang membawa Kaskol dan seorang membawa Kain Pendukungan (berjalan di belakang Yang Teramat Mulia), isteri-isteri pembesar negara yang dititahkan, seorang Pengiran Perempuan Berbaju Gadong diikuti oleh seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai, tujuh orang Pahawai Perempuan yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, Dian 16 yang dibawa oleh 16 Dayang-Dayang serta alat-alat kebesaran diraja yang terdiri daripada 16 Pedang dan Perisai, 16 Tumbak Bendarangan dan lapan Kabok dan Panastan yang dibawa oleh Awang-Awang.

    Sementara itu, YAM Pengiran Muda Bahar bersama-sama dengan Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim menuju ke Balai Singgahsana Indera Buana dengan dituntun oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim.

    Ia didahului oleh 12 Sinipit diikuti empat Dian Bunga, sebatang Dian Tunggal dibawa oleh Awang-Awang berjalan di hadapan pengantin diraja lelaki dan diiringi oleh dua orang Kanak-Kanak Pahawai Lelaki, seorang membawa Kiap, seorang membawa Pasigupan dan Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Awang Maidin dan Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Haji Awang Osman, diikuti oleh seorang pembawa Payung, seorang Pengiran Perempuan Berbaju Gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai serta tujuh orang Pahawai Lelaki yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, Dian 16 yang dibawa oleh 16 Awang-Awang serta alat-alat kebesaran diraja yang terdiri daripada enam Pedang dan Perisai, enam Tumbak Bendarangan dan empat Kabok dan Panastan yang dibawa oleh Awang-Awang.

    Setiba di pintu Balai Singgahsana Indera Buana, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz menuntun dan membawa pengantin diraja lelaki masuk ke dalam majlis.

    Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menapakkan tangan YAM Pengiran Muda Bahar ke atas kepala YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan diiringi tembakan meriam sebanyak 17 das.

    Kemudian, selawat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan yang seterusnya membacakan Doa Selamat bagi memberkati istiadat yang penuh sejarah itu.

    Kedua-dua pengantin diraja kemudiannya dijunjung berangkat dari majlis oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menitahkan supaya majlis ditutup sebelum Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berangkat ke bilik khas diikuti kerabat diraja.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...