Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Persatuan Pasukan Generasi Bimmer (BIMMERT) telah mengadakan mesyuarat agung tahunan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Sengkurong, kelmarin.
Pada mesyuarat tersebut, Awang Mohd Effandy Ali bin Haji Rosli telah dilantik menjadi yang dipertua Persatuan BIMMERT bagi menggantikan Awang Mohd Safri bin Sinin.
Manakala naib yang dipertua diamanahkan kepada Haji Hasbe bin Bujang dan Awang Mohd Nadzri bin Haji Ibrahim dilantik sebagai setiausaha agung, sementara bendahari agung dijawat oleh Awang Irfan Izzuddin bin Mohd Isa.
Mesyuarat bertujuan untuk mematuhi dan merealisasikan undang-undang persatuan dalam pembubaran ahli jawatankuasa 2020/2022 serta memilih ahli baharu 2022/2024.
Keramaian ahli persatuan yang berdaftar setakat ia mula ditubuhkan pada 12 Jun 2020 ialah seramai 90 orang.