Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Persatuan Foochow kutip 37 pain darah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 19 SEPT – Seramai 37 orang telah menderma darah semasa kempen yang dianjurkan oleh Persatuan Foochow dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan (SSB), di ibu pejabatnya di Kuala Belait, kelmarin.

    Hadir menyaksikan kelancaran kempen berkenaan ialah Presiden Persatuan Foochow, Tan Tei Tei yang meluahkan kegembiraannya dengan sambutan yang diterima semasa kempen itu, menyatakan bahawa kebanyakan yang mendaftar menderma buat kali pertama.

    Beliau menambah bahawa inisiatif berkenaan dianjurkan untuk membantu menambah bekalan darah, terutamanya di Daerah Belait.

    Daripada sejumlah 39 orang yang mendaftar, 37 orang layak menderma darah dan sebagai tanda penghargaan, cenderahati turut diberikan oleh persatuan berkenaan kepada para penderma darah.

    Antara yang menderma darah semasa kempen di Ibu Pejabat Persatuan Foochow.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...