Persatuan Learning Ladders terima sumbangan $3,587

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Persatuan Learning Ladders menerima sumbangan berjumlah $3,587 yang berjaya dikutip daripada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Acara Berbasikal Varsiti 6.0 (Varsity Cycle) pada 22 September lalu.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan telah diadakan di Persatuan Learning Ladders, Jalan Gadong, hari ini, di mana cek disampaikan bersama oleh Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz; Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Dr Hajah Noor Maya binti Haji Mohd Salleh; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Pemangku Penolong Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Datin Dr Hajah Noorhira binti Haji Noorkaseh.

Menerima cek bagi Persatuan Learning Ladders ialah Presiden dan Pengasas Bersama, Dr Sharina binti Haji Yunus. Acara berbasikal amal berkenaan dianjurkan bersama oleh UBD, UTB, UNISSA dan KUPU SB.

Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina, Dr Hajah Noor Maya, Dr Haji Norarfan dan Datin Dr Hajah Noorhira ketika bergambar ramai selepas menyampaikan sumbangan kepada Dr Sharina.