Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Persatuan Malayali sambut Aidilfitri, Easter, Vishu

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Persatuan Malayali

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan ahlinya, Persatuan Malayali di Negara Brunei Darussalam menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya, Easter, Vishu bersama masyarakat Malayali di Dewan IAB, Seria, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan yang disertai oleh lebih 150 orang itu ialah Dato Dr Maliakel John Alexander yang sekali gus menyampaikan penghargaan kepada Molly Joseph Mathews selaku salah seorang daripada ahli persatuan tersebut yang berkhidmat di negara ini selama 58 tahun dalam bidang pendidikan sebagai seorang guru.

    Acara berkenaan telah dimeriahkan dengan persembahan bakat daripada masyarakat Malayali yang merangkumi tarian klasik, muzik dan tradisional gendang Chenda Melam.

    Turut menjadi sajian pada majlis berkenaan adalah beberapa hidangan tradisional Kerala bersama masakan tempatan yang lain.

    Dato Dr Maliakel semasa menyampaikan penghargaan kepada Molly yang telah berkhidmat di negara ini selama 58 tahun dalam bidang pendidikan sebagai seorang guru.
    Persatuan Malayali di Negara Brunei Darussalam turut berkesempatan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya, Easter dan Vishu bersama masyarakat Malayali di Dewan IAB, Seria, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -