Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan Pedagang ASEAN mahu bantu usahawan tempatan

    PETALING JAYA, 29 Jun – Persatuan Pedagang ASEAN yang baru ditubuhkan berhasrat untuk membantu usahawan tempatan menembusi pasaran serantau. Presidennya Datuk Moehamad Izat Emir berkata persatuan berkenaan yang ditubuhkan pada April tahun ini akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mencapai matlamat tersebut antaranya dengan mengadakan pameran peringkat ASEAN, padanan perniagaan dan ceramah keusahawanan.

    “Kita nak jadikan persatuan ini sebagai platform yang terbaik kepada mereka (untuk menembusi pasaran ASEAN),” katanya kepada pemberita pada satu taklimat, di sini, hari ini.

    Moehamat Izat yang juga pengasas dan bekas presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) berkata persatuan berkenaan juga akan bekerjasama dengan insititusi kewangan bagi memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada usahawan yang ingin melebarkan sayap perniagaan mereka ke negara serantau. Sehingga kini, katanya, EXIM bank dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah menyatakan persetujuan mereka untuk memberi bantuan.

    Sementara itu, naib presidennya Datuk Dzulkifli Mahmud berkata satu perjumpaan dengan duta-duta negara ASEAN akan dibuat dalam masa terdekat ini bagi memberi penerangan mengenai peranan yang akan dimainkan oleh persatuan tersebut untuk meningkatkan hubungan dagang dan keusahawanan antara Malaysia dan negara-negara ASEAN. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda