Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Persatuan pelajar KUPU SB santuni mualaf

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Majlis Persatuan Pelajar 2021/2022 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Pusat Dakwah Tutong dan Jabatan Daerah Tutong hari ini menyantuni keluarga mualaf terpilih pada majlis yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

    Majlis Mahabbah Ramadan 1443H/2022 itu diisikan dengan bertahlil, pengagihan bantuan dan sungkai bersama keluarga mualaf terpilih.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar, ahli-ahli persatuan dan para mualaf dirai.

    Dr Haji Adanan turut memberikan tausiah, diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah, Doa Seamat serta penyampaian barakah.

    Seramai 12 keluarga mualaf Daerah Tutong telah pun menerima barakah yang berbentuk makanan asasi seperti beras, gula, minyak dan telur.

    Majlis tersebut merupakan sebahagian aktiviti tahunan Persatuan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar yang bertujuan menerapkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi agar menjalankan tanggungjawab sosial terhadap golongan mualaf dan kurang berkemampuan di negara ini.

    Selain itu, program juga dihasratkan menjadi lubuk pahala kepada mahasiswa dan mengagungkan Ramadan melalui amalan kebajikan berbentuk khidmat masyarakat serta membudayakan kepentingan dan keprihatinan Komuniti Penyayang KUPU SB.

    Dr Haji Adanan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...