Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Persatuan Sutera agih makanan sungkai

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 19 APRIL – Sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1443, Persatuan Sutera telah mengadakan Projek Amal untuk mengagihkan beberapa sajian makanan sungkai di semua masjid di seluruh Daerah Belait dalam acara yang berlangsung di Bangunan Persatuan Belia Daerah Belait hari ini.

    Hadir merasmikan acara ialah presiden persatuan, Haji David bin Haji Kassim.

    Terdahulu, penyediaan makanan dan kuih-muih sungkai telah dikendalikan oleh ahli-ahli yang terlibat di kediaman presiden Persatuan Sutera. Antara pengisian acara ialah membaca Surah Alam Nashrah beramai-ramai dan menghayati maknanya, membaca Surah Al-Fatihah dan Zikir Selawat dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Sutera, Dayang Zainah binti Haji Daud disertai anggota Dikir Kumpulan Asy Syuhada.

    Sementara itu, Doa Selamat telah dibaca oleh Ketua Kebajikan Komuniti Persatuan, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Gani.

    Acara diteruskan dengan pengagihan makanan dan kuih-muih kepada wakil di setiap masjid, termasuk Masjid Muhammad Jamalul Alam, Masjid RPN Kampung Pandan, Masjid Sungai Teraban, Masjid Lorong Tiga Selatan, Masjid Al-Mashhor, Balai Ibadat Kampung Merangking dan Masjid Labi. Program amal yang diungkayahkan itu merupakan acara tahunan Persatuan Sutera selain aktiviti amal lain yang dianjurkan persatuan untuk menghulurkan bantuan dan mengembalikan kepada komuniti di Daerah Belait.

    Haji David menyampaikan makanan kepada wakil dari Masjid Muhammad Jamalul Alam dalam majlis kelmarin.
    Beberapa ahli Persatuan Sutera semasa menyediakan beberapa sajian makanan untuk majlis sungkai di semua masjid dalam Projek Amal di seluruh Daerah Belait dalam acara yang berlangsung di Bangunan Persatuan Belia Daerah Belait, sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1443. – Gambar Daniel Lim

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...