Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam anjur kursus pengadilan

    Oleh Fadhil Yunus

    TEMBURONG, 1 DIS – Seramai 22 orang peserta baru-baru ini telah menghadiri Kursus Teknikal dan Pengadilan Tarik Kalat di Kompleks Sukan Batu Apoi, Daerah Temburong, anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam.

    Kursus tersebut telah disampaikan oleh Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Pengiran Haji Mohd Iskandar Shah bin Pengiran Haji Jadid; Timbalan Setiausaha Agung, Awang Jumaat bin Damit; dan Ketua Pengadil Teknikal, Haji Sallih bin Haji Osman.

    Semasa kursus tersebut berlangsung, peserta didedahkan dengan panduan dan penerangan tentang prosedur pengadilan yang telah dilaksanakan dalam kejohanan di negara ini.

    Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua JBS Cawangan Temburong, Mohammad Noramizul bin Haji Serbini.

    Gambar ramai peserta yang mengikuti kursus teknikal dan pengadilan tarik kalat di Kompleks Sukan Batu Apoi, Daerah Temburong, baru-baru ini. – Gambar serahan Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...