Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Persediaan giat dilaksanakan menjelang sesi persekolahan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Sebagai persiapan menjelang sesi pembukaan institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di negara ini pada Fasa Awal Endemik, Kementerian Pendidikan kini sedang giat melaksanakan dua persediaan utama iaitu bagi prasarana dan juga pembelajaran.

    Bagi persediaan prasarana, pihak kementerian telah melaksanakan penyediaan ujian pantas antigen (ART) termasuklah tempat-tempat atau ruang khas perlaksanaan ujian tersebut, bilik pengasingan dan sebagainya.

    Manakala itu, persiapan pembelajaran pula, pihak sekolah juga telah bersedia menyediakan bahan sumber bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan juga home-learning pack.

    Pemangku Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh menjelaskan perkara tersebut semasa menjawab persoalan mengenai persediaan institusi pendidikan teknikal dan pengajian tinggi awam dalam pembukaan semula kampus pada semester yang akan datang semasa sidang media, hari ini.

    “Bagi peringkat pengajian tinggi, para pelajar akan ditawarkan pembelajaran secara hibrid terutamanya bagi program-program yang bersesuaian. Hal ini dikecualikan bagi modul atau program yang memerlukan bersemuka seperti lab-based, scaffolding, welding dan sebagainya. Mereka ini perlu menjalani pembelajaran secara fizikal,” jelasnya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -