Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Persediaan guna teknologi pengkomputeran kuantum

    KUALA LUMPUR, 21 FEB – Malaysia memerlukan lompatan kuantum dalam teknologi pengkomputeran untuk membantu menyelesaikan masalah yang sukar dan membolehkan perniagaan memperoleh kelebihan yang kompetitif, kata International Business Machines Corp (IBM) Malaysia.

    Negara itu perlu sentiasa bersedia dalam menerima pakai teknologi pengkomputeran kuantum tahun ini kerana ia memiliki peluang yang luar biasa serta memberi manfaat kepada setiap bahagian ekonomi, kata Ketua Negara dan Teknologi IBM, Catherine Lian.

    Menurut laman web IBM, pengkomputeran kuantum adalah kepesatan teknologi yang berbeza dari komputer tradisional.

    “Adalah penting untuk bertindak sekarang dalam bidang yang sedang berkembang ini seperti perkhidmatan kewangan, pengedaran tenaga dan perubahan iklim, untuk ke arah meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya kepada Bernama.

    “Kuasa pengkomputeran kuantum yang memberi impak kepada hampir setiap aspek masyarakat bermakna bahawa pelaburan yang luas dalam tenaga kerja negara adalah penting.”

    Dalam laporan “Dekad Kuantum” firma itu, IBM menganggarkan terdapat hanya kira-kira 3,000 pekerja kuantum mahir di pasaran hari ini.

    “Asas ini perlu ditingkatkan dua kali ganda atau empat kali untuk mengeksploitasi potensi penuh pengkomputeran kuantum dalam dekad ini bagi memastikan perniagaan tidak tertinggal,” kata Lian.

    IBM Quantum telah terlibat dengan lebih daripada 380,000 pengguna berdaftar yang sedang memakai lebih daripada 20 sistem pengkomputeran kuantum terbuka dan premiumnya di atas awan termasuk mereka yang menggunakan kit pembangunan perisian kuantum sumber terbuka yang dipanggil Qiskit.

    Lian berkata pertumbuhan serantau dalam penggunaan pengkomputeran awan adalah sangat besar kerana kosnya kurang, ditambah dengan kesedaran tentang keselamatan data serta teknologi yang mendasarinya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...