Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Persediaan laksana NHANSS-3

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Negara Brunei Darussalam sedang berhadapan dengan penuaan penduduk yang pesat di mana dengan itu, ia turut membawa kepada peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit.

    Perkara itu berpotensi untuk memberikan kesan negatif kepada pembangunan sosioekonomi negara di mana akibatnya bukan sahaja akan memberikan impak kepada bajet kesihatan negara tetapi juga akan mengkompromikan kualiti kehidupan pada masa
    akan datang.

    Perkara itu ditekankan oleh Pemangku Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan, Dayang Noresamsiah binti Haji Mohd Hussin dalam kata alu-aluannya semasa Perasmian Bengkel Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan ke-3 (NHANSS-3), 2023-Komponen MICS, Bengkel Latihan dan Praujian Jurulatih yang berlangsung di Hotel Coconut Bay, Beribi, hari ini.

    Beliau menyatakan bahawa bengkel itu bermatlamat untuk melatih dan mempersiapkan para peserta bagi kaji selidik yang akan diadakan sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan pemantauan bagi pengawalan dan pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD).

    Hanya daripada ketepatan maklumat yang didapatkan melalui pemantau data terperinci dan mantap, tegasnya, akan membolehkan mereka untuk merangka strategi-strategi berasaskan bukti bagi menangani secara efektif bebanan NCD di negara ini.

    Bengkel yang berlangsung di Hotel Coconut Bay, Beribi itu dikendalikan oleh Jayachandran Vasudevan. – Gambar oleh James Kon
    Para peserta yang menyertai bengkel berkenaan. – Gambar oleh James Kon
    Dayang Noresamsiah bergambar-ramai dengan para peserta bengkel berkenaan. – Gambar oleh James Kon

    Beliau berkata lagi bahawa tugasan yang dihadapi oleh mereka adalah amat mencabar dan peranan peserta bengkel adalah amat penting dalam menyokong usaha pemantauan NCD.

    Bengkel itu bermatlamat untuk melatih para pegawai pelatih bagi bengkel kerja utama dan memberikan panduan mengenai prosedur dan metodologi komponen MICS Praujian CAPI iaitu temu duga peribadi berbantukan komputer, menggunakan tablet Android.

    Hadir selaku pelatih ialah Jayachandran Vasudevan yang berkhidmat di Pejabat Wilayah Asia Timur dan Pasifik UNICEF, Bangkok sebagai Pakar Statistik dan Pemantauan Serantau dan penyelaras MICS.

    Beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan program kaji selidik isi rumah antarabangsa yang besar seperti MICS dan Kajian Kesihatan Demografi (DHS) terutamanya di Asia dan Afrika.

    NHANSS-3 merupakan kaji selidik yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan sokongan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) serta telah bermula sejak 2 November 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...