Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Persediaan menduduki peperiksaan PSR

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 OKT – Seramai 26 orang pelajar Tahun 6 dari Sekolah St James yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) berpeluang mendapatkan tip-tip peperiksaan semasa taklimat motivasi, baru-baru ini.

    Diadakan di bilik mesyuarat sekolah tersebut, taklimat dikendalikan dan dipimpin masing-masing oleh Pengetua, Dayang Riman binti Sitai dan Timbalan Pengetua, Leonardo Amo. Dayang Riman ketika ditemui menjelaskan mengenai 10 tabiat pelajar yang sangat berkesan dengan menekankan kepentingan merancang, belajar berkumpulan, menetapkan matlamat dan ulangkaji.

    Beliau turut menggesa para pelajar untuk mengelakkan perkara yang boleh mengganggu perhatian ketika tarikh peperiksaan semakin dekat.

    Pada penghujung taklimat, para pelajar berpeluang membentangkan mengenai persediaan mereka bagi peperiksaan yang bakal menjelang dalam kumpulan masing-masing.

    Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan persiapan bagi menghadapi peperiksaan. – Gambar serahan Sekolah St James
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...